Tuesday, March 5, 2013

ACIK LANA







Siapa yang dah dapatkan empat-empat karya Acik Lana ni?kalau belum sila dapatkan k..sebab bagi aku karya-karya acik lana memang best,tak rugi pun beli dan buat koleksi.Tak silap ada banyak lagi karya Acik Lana yang dalam Proses,lepas ni nak tunggu Pelangi Cinta Buat Suami pula,tak sabarnya saya......

AKU BUKAN MISTRESS,kisah Mikail dan Mya.Mya dijual oleh bapa saudaranya kerana hutang.distulah Mikail dan Mya bertemu,Mikail membeli Mya dan dan menjadikan Mya sebagai Mistressnya.Lepos dah dua tahun bersama baru;lah bermula detik Mikail jatuh cinta kepa Mya.Macam-macam dugaan yang diorang terpaksa hadapi sebab ada ramai orang yang cuba pisahkan mereka,ikutilah kisah Mikail yang sebelum ni dingin menjadi seorang yang romantis dan penyayang....sweet

MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA,Melina anak orang kaya yang masih menuntut di kolej,disebabkan makin hati makin liar,papanya terpaksa meminta bantuan anak sahabat baiknya yan baru pulang dari luar nrgara untuk bantu mengawal Melina.Lukman terpaksa bersetuju kerana jasa baik papa Melina.Bermulalah kisah Lukman dan Melina yang asyik bergaduh dan akhirnya terpaksa berkahwin atas wasiat papa Melina yang meninggal dunia.Mereka jatuh cinta juga akhirnya,romantiknya Lukman....tapi dugaan yang mendatang selepas perkahwinan membuatkan mereka terpisah.dapatkah mereka bersama semula??

KALAU MEMANG HARUS BEGITU,Zidan Adiputra, atau Tuan Putera,lelaki yang berkedudukan tinggi,tampan,bergaya dan menjadi rebutan wanita.dia sangat allergik kepada perempuan yang selekeh.Adara pula seorang gadis yang datang dari kampung,menjadi Tea Lady di Syarikat Tuan Putera.Penampilan Adara dengan baju kurung lusuh dan kasut koyak membuatkan Tuan Putera sakit mata,ada je benda yang yang buat mereka bergaduh.Riyad yang sukakan Adara membuat 'Make Over'....Barulah terbeliak mata Tuan putera ni,dan berebutlah dengan Riyad nak buat Adara jatuh cinta.kerana hutang datuk Adara dengan Ketua Kampung,Adara terpaksa menerima lamaran tu,Putra yang dengar perbualan tu terus masuk meminang dan membayarkan hutang datuk Adara.Adara mula jatuh cinta kepada tunangnya dan merea berkahwin,bila dah bahagia ada je dugaan yang mendatang...dapatkah mereka menghadapinya??

Putra: Percaya cakap abang, kehadiran sayang adalah perkara terbaik dalam hidup abang....

“Tak mungkin musim cinta ini berlalu...seandainya hatimu seperti hatiku….

MELUR JELITA




      Dalam banyak-banyak novel yang dah aku baca,aku paling suka dengan karya Melur Jelita.Apa org kata,menyentuh dasar hati.hehe



        AWAK SUKA SAYA TAK (ASST),novel ni mengisahkan tentang Hilman Yong,seorang mualaf yang jatuh cinta pandang pertama dengan seorang gadis ni Intan Zulaikha,sedangkan gadis ni tak sedar pun kehadiran dia masa tu.Setelah beberapa tahun mereka bertemu kembali,Hilman gembira dapat bertemu semula dengan Intan tapi siapa sangka,kerana perselisihan faham dan ego Intan Zulaikha,Hilman pergi membawa diri.
       Dua tahun berlalu mereka bertemu di sebuah Resort di Terengganu,Intan Zulaikha perlu menghadiri kursus selama beberapa bulan di situ dan tidak mengetahui Resort itu kepunyaan Hilman.Disitulah bermulanya bibit cinta antara mereka.Sangat sweet okey...hehe
      Beberapa hari sebelum diijabkabulkan Hilman kemalangan,sedihnya part ni.... :-(.......Muncul pulak watak Damien Yong,Siapa Damien Yong ni?kenalah baca novel ni baru tahu.hehe  
  Dugaan demi dugaan mendatang untuk menguji cinta Intan Zulaikha,kalau Hilman Yong boleh menunggu hingga beberapa tahun kenapa tidak Intan Zulaikha.Kalau ada jodoh memang tak ke mana kan...... :-)




       I LOVE U STUPID (ILUS),novel ni pula mengisahkan tentang Iris,anak seorang jutawan yang cantik,berkarisma dan bijak.Kalau boleh semua lelaki nak berdamping dengannya.Hurm yelah tu....
       Iris & The Divas(kawan-kawan baik dia) bertemu dengan Abang polis trafik,Abang Pedas aka Inspektor Ebrahim semasa memandu laju kenderaannya.Bak kata The Divas ni Abang Pedas ni sangat Handsome sampai Iris pun tergugat...OH KUPU-KUPU MENGEPAK RIUH DI PERUT.... Bermulalah cubaan aksi-aksi Iris mengoda Abang Pedas,tapi tak dilayan pun.hahaha kesian Iris.......
        Siapa sangka rupanya Inspektor Ebrahim turut terlibat dalam melatih kumpulan SUKSIS di Universiti Iris & The Divas.Bermulalah detik-detik yang agak SWEET antara Abang Pedas dan Iris.SWEET SANGAT....:-) dua-dua ego dan Abang Pedas sangat pedas kata-katanya.hehe
       Tapi selepas satu kejadian berlaku,Iris tak jumpa lagi Abang Pedasnya...



                                                   INSPEKTOR EBRAHIM & IRIS


          Setahun berlalu,Misi "MENCARI ANAK" membawa Iris ke bumi Kemboja,bantuan dihulurkan kepada masyarakat Melayu Cham sementara merancang Misi sebenar yang membawa Iris ke Kemboja.Desabkan Iris ni anak jutawan,papa dia pasang Bodyguard untuk Iris,FIRMAN.Dah lah Iris ni kaki ngelat.Susah juga dia nak rancang misi sebenar dia yang tiada siapa pun tahu.
        Sepanjang Iris di kemboja,ada je masalah yang jadi sebab Iris ni degil,semua benda nak ikut kepala dia,nasiblah Firman yang banyak membantu.Firman yang berambut panjang dan bercermin mata hitam.Baca tenbtang perjalan di Kampung Melayu Cham membuatkan aku sedar, " SENTIASALAH BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA,SEBAB ADA ORANG YANG LEBIH SUSAH DARI KITA"
        Siapakah Firman Sebenarnya??Mana anak yang dicari Iris??kena baca novel ni sebab memang best sangat.



                                     FIRMAN EBRAHIM @ ABANG PEDAS @LANUN

Tanah Kemboja
Kisah cinta pada Allah, Rasul dan Agama
Perjuangan kehidupan, maruah , jati diri
Dan rasa kemanusian
Pahir getir manis bersatu
Terpikul di bahu
Amanah tergalas pada
Dia yang bernama Firman

Dalam kembara membawa rasa erti apa itu nilai kehidupan
Melihat tak sama seperti merasa
Melalui perit terasing dibumi orang

“selama ini, bukan saya tak pernah selesa tidur dalam keadaan kekurangan…tetapi sekarang rasa tidur itu lain sangat”

“ Selama ini saya bukan tak pernah bernafas dan menghirup udara….tetapi kali ini, lain sangat rasanya udara yang saya hirup”

“IRIS”

ILUS naskah ilmiah ada segalanya….Bacalah dari mata hati…
perjalanan ilmu bersatu dalam naskah nya
berkongsi rasa dalam titipan lembaran
tak ternilai harga coretan jiwa
terima kasih untuknya
Dia MELUR JELITA.